8/30/10

Ferrari F430 dan Proton Perdana

Suatu hari, saya dan teman terperangkap dalam kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Di hadapan saya sebuah kereta Ferrari F430, juga terpaksa akur dengan kesesakan. Nampaknya jentera mewah yang berkuasa besar hingga 4,308cc itu berada sebaris dengan kenderaan-kenderaan berstatus biasa. Enjinnya mengaum seolah-olah raja di jalanan, tetapi kegarangannya langsung tidak diendahkan.

Tiba-tiba, saya terdengar bunyi siren yang meminta supaya diberi laluan.

8/12/10

Sunnah didalam Berbuka Puasa

Sungguh indah sunnah Nabi SAW didalam berbuka Puasa, jika kita perhatikan, Nabi SAW menganjurkan kepada umatnya agar mempercepatkan berbuka setelah masuk waktu berbuka.

Waktu berbuka bagi umat Islam adalah berdasarkan Firman Allah Azzawajal:

وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ اْلأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ اْلأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ


"Makan dan minumlah kalian hingga jelas bagimu benang putih dan benang hitam" (Al-Baqarah: 187)


Ayat diatas bermaksud tempoh waktu berpuasa adalah bermula bila terbitnya fajar iaitu subuh hingga terbenam matahari iaitu bila masuk waktu maghrib.

8/11/10

Ramadhan Terbaik


Alhamdulillah...
Berlalu sudah solat terawikh pertama semalam, hati rasa sangat gembira bila bersua dengan bulan yg penuh barakah dan kebaikan padanya.

Diceritakan bahawa ulama salaf bahwasanya mereka dahulu berdo'a kepada Allah selama 6 bulan agar Allah menyampaikan mereka kembali kepada Ramadhan kemudian mereka juga berdo'a kepada-Nya selama 6 bulan agar Dia menerima amalan-amalan mereka.

Abdul Aziz bin Abi Daud berkata : "Aku mendapati mereka bersungguh-sungguh dalam beramal shalih. Ketika mereka telah melakukannya, mereka didatangi kerisauan, apakah amalan mereka diterima atau tidak."
Tingginya peribadi dan zuhudnya mereka sebagai ulama yg mendahului kita didalam amalan soleh. Moga kita dapat mencontohi mereka walaupun sedikit.

6/3/10

Waktu Mustajab Doa Pada Allah


Ada seorang teman bertanya, apa rahsia ttg doa kepada Allah? 
 Jadi disini saya ingin berkongsi sedikit maklumat berkenaan waktu mustajab doa iaitu:

1. Sepertiga malam terakhir.
وقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : “ينزل ربنا كل ليلة إلى سماء الدنيا، حين يبقى الثلث الأخير من الليل؛ فيقول: من يدعوني فأستجيب له؟ من يسألني فأعطيه؟ من يستغفرني فأغفر له؟”

Telah bersabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

5/31/10

Apakah syariat Islam bila berdepan Musibah?

Tulisan ini dilakar buat semua umat Islam, kita sudah lama ditimpa tekanan dari Yahudi, kini terbaru kita menerima berita kemalangan jiwa yang melanda saudara kita dari Aman Palestin yang keluar berjuang untuk membantu umat Islam Palestin namun dihentam oleh Yahudi  dalam perjalanan mereka.

Kita mungkin tidak mampu melawan dengan sejata, namun kita semua mampu bersatu hati memanjatkan doa memohon pertolongan Allah Yang Maha Kuasa bagi memusnahkan musuh Islam iaitu Yahudi yg Terlaknat.

Apakah yg disyariatkan didalam Islam bila kita ditimpa musibah?

Dari segi ucapan, bila mendapat khabar musibah, maka ucaplah:

5/30/10

Bagaimana Berwuduk? Tahukah? Jom Refresh

Dalam pengajian kita sering mengulangkaji sesuatu subjek agar ingatan kembali jelas dan peperiksaan dapat dilalui dengan cemerlang. Apa kata pada ruangan kali ini kita melakukan satu ulangkaji, ulangkaji terhadap satu subjek yang kita belajar semasa zaman tadika atau fasa awal sekolah rendah.Kita mengulangkaji agar amalan kita sentiasa jelas dan kita lulus dalam peperiksaan di hari akhirat kelak.

Subjek itu ialah wudhu’, yakni cara-cara mengambil wudhu’. Bagi ulangkaji ini, saya akan gunakan hadis berikut yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam kitab Shahihnya, hadis no: 164:

5/23/10

Menyembuhkan Penyakit Hati


Pada penulisan sebelum ini kita membicarakan berkenaan jenis-jenis hati manusia dan kita menceritakan tentang penyakit hati yang dihadapi oleh umat Islam.

Jadi dalam penulisan kali ini saya ingin menceritakan bagaimana caranya menyembuhkan hati yang keras, yang berada didalam kegelapan.

Bagi menyembuhkan penyakit hati berikut adalah beberapa kaedah yang didapati:


Pertamanya adalah dengan memiliki Aqidah yang benar.

Firman Allah:
Ertinya : Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezhaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapatkan keamanan dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk." [Al-An’aam: 82].