1/4/11

9 Wasiat Rasulullah SAW Buat Semua (SIRI 1)

بسم الله الرحمن الرحيم

Dari Abu Darda’ ra. ia berkata: Rasulullah saw. bersabda kepadaku dengan sembilan perkara:

(1)Janganlah engkau menyekutukan Allah dengan sesuatu, meskipun engkau dipotong atau dibakar
(2) Janganlah sekali-kali engkau meninggalkan shalat wajib yang lima waktu dengan sengaja,kerana barangsiapa yang meninggalkan shalat secara sengaja, akan terlepas dari jaminan Allah.
(3) Jangan sekali-kali engkau minum arak, sesungguhnya arak adalah kunci bagi semua kejahatan.
(4) Taatlah kepada kedua orang tuamu, seandainya keduanya menyuruhmu mengeluarkan hartamu seluruhnya maka keluarkanlah semua harta untuk keduanya.
(5) Jangan engkau bercanggah dengan ulil amri (pemerintah) meskipun memandang bahwa engkau lebih benar darinya.
(6) Janganlah engkau lari dari medan pertempuran biarpun dirimu binasa dan semua teman-temanmu lari.
(7) Infaqkanlah kelebihan hartamu kepada keluargamu.
(8) Janganlah engkau mengangkat tongkatmu dari keluargamu.
(9) Ancamlah mereka untuk takut kepada Allah subhanu wa ta’ala.

(HR.Bukhari, Ahmad 5/238, Ibnu Majah no.4034, Thabrani)
Wasiat ini merupakan wasiat yang agung sebagai rahmat untuk sekalian alam juga sebagai bukti sayangnya Rasulullah terhadap umatnya. Wasiat ini meskipun baginda sampaikan untuk Abu Darda’ akan tetapi pada hakikatnya ianya adalah untuk seluruh kaum muslimin. Kerana Rasulullah diutus untuk seluruh manusia, sebagaimana firman Allah :

"Dan tidaklah Kami utus engkau, melainkan sebagai rahmat untuk sekalian alam." (Al-Anbiya’:107).
 
 Didalam SIRI 1 ini saya mengemukakan hadith ini buat tatapan para pembaca, didalam SIRI 2 saya akan menguraikan syarahan dari Wasiat baginda SAW yg Agung ini. Moga kita semua mendapat manfaat.

11/25/10

SIAPAKAH AL-QAIM AL-MAHDI YANG DITUNGGU SYIAH RAFIDAH?

Oleh: Muhammad Asrie bin Sobri

Melihat kepada keadaan akhir-akhir ini, pihak Syiah semakin berani mempergunakan isu Gaza untuk menjerusmuskan manusia kepada akidah kufur mereka. Syiah Rafidah melalui kerajaannya, Iran, cuba menunjukkan bahawa mereka adalah pembela rakyat Gaza dan mereka cuba membuat manusia lupa bahawa mereka pernah menyokong Parti Amal Syiah Lubnan membunuh orang-orang sunnah Palestin di kem pelarian Shabra dan Shatilla pada tahun 1985 yang terkenal dengan Perang Perkhemahan atau War of Camps.

Syiah Imamiah Rafidah percaya bahawa Imam mereka yang ke-12, al-Mahdi al-Muntazar akan muncul di akhir zaman. Ahli Sunnah wal Jamaah juga percaya akan kemunculan al-Mahdi, tetapi Ahli Sunnah wal Jamaah tidak menetapkan siapakah al-Mahdi itu kecuali ada hadis sahih riwayat Abu Daud, Nabi s.a.w menyatakan bahawa al-Mahdi itu bernama Muhammad bin Abdullah daripada keturunan Saidatina Fatimah r.a.

Adapun Syiah,

11/9/10

Pengunaan Alkohol, Boleh atau Tidak?

Bismillahirrahmanirrahim.

Soalan:
Apakah Hukum menggunakan alcohol dalam membasmi kuman pada luka dan percampurannya dengan sebahagian ubat.

Jawapan:
Fatwa: al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-’Uthaimin

Penterjemah: binsahak

Tidak mengapa menggunakan alcohol untuk pembasmian kuman pada luka disebabkan keperluan terhadapnya. Dikatakan juga alcohol itu menghilangkan akal tetapi tidak memabukkan, kalau benar dakwaan ini, maka alcohol bukanlah arak, jika tidak benar dakwaan ini, dan alcohol itu memabukkan maka dia adalah arak, meminumnya adalah haram dengan nas dan ijma’.

Adapun penggunaannya tanpa meminum, suatu yang diperbahaskan, jika kita melihat kepada firman Allah (maksudnya):

8/30/10

Ferrari F430 dan Proton Perdana

Suatu hari, saya dan teman terperangkap dalam kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Di hadapan saya sebuah kereta Ferrari F430, juga terpaksa akur dengan kesesakan. Nampaknya jentera mewah yang berkuasa besar hingga 4,308cc itu berada sebaris dengan kenderaan-kenderaan berstatus biasa. Enjinnya mengaum seolah-olah raja di jalanan, tetapi kegarangannya langsung tidak diendahkan.

Tiba-tiba, saya terdengar bunyi siren yang meminta supaya diberi laluan.

8/12/10

Sunnah didalam Berbuka Puasa

Sungguh indah sunnah Nabi SAW didalam berbuka Puasa, jika kita perhatikan, Nabi SAW menganjurkan kepada umatnya agar mempercepatkan berbuka setelah masuk waktu berbuka.

Waktu berbuka bagi umat Islam adalah berdasarkan Firman Allah Azzawajal:

وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ اْلأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ اْلأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ


"Makan dan minumlah kalian hingga jelas bagimu benang putih dan benang hitam" (Al-Baqarah: 187)


Ayat diatas bermaksud tempoh waktu berpuasa adalah bermula bila terbitnya fajar iaitu subuh hingga terbenam matahari iaitu bila masuk waktu maghrib.

8/11/10

Ramadhan Terbaik


Alhamdulillah...
Berlalu sudah solat terawikh pertama semalam, hati rasa sangat gembira bila bersua dengan bulan yg penuh barakah dan kebaikan padanya.

Diceritakan bahawa ulama salaf bahwasanya mereka dahulu berdo'a kepada Allah selama 6 bulan agar Allah menyampaikan mereka kembali kepada Ramadhan kemudian mereka juga berdo'a kepada-Nya selama 6 bulan agar Dia menerima amalan-amalan mereka.

Abdul Aziz bin Abi Daud berkata : "Aku mendapati mereka bersungguh-sungguh dalam beramal shalih. Ketika mereka telah melakukannya, mereka didatangi kerisauan, apakah amalan mereka diterima atau tidak."
Tingginya peribadi dan zuhudnya mereka sebagai ulama yg mendahului kita didalam amalan soleh. Moga kita dapat mencontohi mereka walaupun sedikit.

6/3/10

Waktu Mustajab Doa Pada Allah


Ada seorang teman bertanya, apa rahsia ttg doa kepada Allah? 
 Jadi disini saya ingin berkongsi sedikit maklumat berkenaan waktu mustajab doa iaitu:

1. Sepertiga malam terakhir.
وقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : “ينزل ربنا كل ليلة إلى سماء الدنيا، حين يبقى الثلث الأخير من الليل؛ فيقول: من يدعوني فأستجيب له؟ من يسألني فأعطيه؟ من يستغفرني فأغفر له؟”

Telah bersabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam :