5/31/10

Apakah syariat Islam bila berdepan Musibah?

Tulisan ini dilakar buat semua umat Islam, kita sudah lama ditimpa tekanan dari Yahudi, kini terbaru kita menerima berita kemalangan jiwa yang melanda saudara kita dari Aman Palestin yang keluar berjuang untuk membantu umat Islam Palestin namun dihentam oleh Yahudi  dalam perjalanan mereka.

Kita mungkin tidak mampu melawan dengan sejata, namun kita semua mampu bersatu hati memanjatkan doa memohon pertolongan Allah Yang Maha Kuasa bagi memusnahkan musuh Islam iaitu Yahudi yg Terlaknat.

Apakah yg disyariatkan didalam Islam bila kita ditimpa musibah?

Dari segi ucapan, bila mendapat khabar musibah, maka ucaplah:

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ، اَللَّهُمَّ أُجُرْنِيْ فِيْ مُصِيْبَتِيْ وَأَخْلِفْ لِيْ خَيْرًا مِنْهَا
“Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami akan kembali (di hari Kiamat). Ya Allah! Berilah pahala kepadaku dan gantilah untukku dengan yang lebih baik (dari musibahku).”(Hadis Riwayat Muslim)

dan ucapkanlah jua:
قَدَرُ اللهِ وَمَا شَاءَ فَعَلَ
“Allah sudah mentakdirkan sesuatu yang dikehendaki dan dilakukan.” (Hadis Riwayat Muslim) 

Kita diajar dengan ucapan-ucapan yang disebutkan diatas membezakan kita dengan orang-orang non muslim, yang mana kita umat Islam bila dilanda musibah kita beriman kepada Qadha dan Qadar serta kita beriman bahawa tidak ada sesuatu diatas dunia ini dapat memberikan mudharat atau keburukan melainkan dengan izin Allah, dan kita yakini Islam pasti akan menang dan terus mara, kita mengimani bahawa Allah Tuhan Yang Maha Kuasa dan Pemberi Kebaikan. Islam mengajarkan kepada umatnya konsep pertahanan mental dan akhidah sebagai senjata menghadapi musuh. Kekuatan Aqidah adalah perkara utama dalam penyatuan dan kekuatan rohani. 

Ingatlah persaudaraan dalam Islam adalah suatu jalinan aqidah yang menghubungkan umat Islam antara satu sama lain. Ia juga satu jalinan yang menyambungkan kita untuk bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

Kita semua bersedih atas kepergian(kematian) saudara-saudara Islam kita disana, Moga Allah meletakkan mereka disyurganya.

Apa yang boleh kita lakukan melalui amalan? 

Bacaan qunut nazilah disyariatan apabila berlakunya musibah terhadap umat Islam. Thabit daripada Nabi saw yang baginda melakukan qunut pada rakaat yang akhir setiap solat selepas bangun dari rukuk, baginda memohon pertolongan dari Alah untuk kaum muslimin dan melaknat kaum kuffar. Di dalam sahih al-Bukhari dan Muslim terdapat hadith yang menyatakan bahawasanya Nabi saw telah melakukan qunut selama sebulan, baginda berdoa (meminta Allah membalas dan mengambil tindakan) terhadap kabilah Ri'lin (رعل) dan Zakwan (زكوان). dan juga hadis daripada Ibnu Abbas RA:

Ertinya: Rasulullah berqunut sebulan terus menerus dalam solat zuhur, asar, magrib, isyak dan subuh di akhir tiap-tiap kali solat apabila ia berkata "sami'allahu liman hamidah" dari rakaat akhir, beliau mendoakan kehancuran ke atas penduduk kabilah bani salim, kabilah ra'lun, zakwan dan 'Ushyayyah dan orang-orang yg dibelakang mengaminkannya. (Diriwayatkan oleh Abu Daud & Imam Ahmad)


Imam asy-Syaukani  mengatakan supaya jangan dikhususkan qunut itu di dalam satu solat sahaja tanpa dilakukan di dalam solat-solat (fardhu) yang lain.

Hadis diatas menunjukan bila ditimpa musibah keatas umat Islam, Qunut Nazilah dilakukan dalam solat Fardhu 5 waktu. Nabi SAW melakukan selama sebulan berturut-turut. Jadi ayuhlah para sahabatku semua, bersama-sama kita melakukan qunut nazilah didalam solat kita setiap hari dan setiap waktu solat seperti mana yang diajarkan oleh baginda SAW.

Di dalam Qunut al-Nazilah kita berdoa bersesuai dengan keadaan yang berlaku. Terdapat riwayat dari 'Umar ibn al-Khattab membaca doa ini :

اللهم إنا نستعينك ونؤمن بك ، ونتوكل عليك ونثني عليك الخير ولا نكفرك ، اللهم إياك نعبد ، ولك نصلي ونسجد ، وإليك نسعى ونحفد ، نرجو رحمتك ونخشى عذابك ، إن عذابك الجدَّ بالكفار مُلحق ، اللهم عذِّب الكفرة أهل الكتاب الذين يصدون عن سبيلك
Maksudnya : "Ya Allah, sesungguhnya kami memohon pertolongan kepada Mu, dan kami beriman dengannya, dan kami bertawakkal kepada MU, dan kami menyanjung kepada MU dnegan kebaikan dan kami tidak mengkufurkanMu. Ya Allah hanya kepadaMu kami sembah, dan kepada Mu kami sembahyang dan sujud, untuk Mu kami berusaha. Kami mengharapkan rahmat daripada Mu dan kami takutkan azab Mu. Sesungguhnya azab Mu yang berat sudah pasti terhadap orang kuffar. Ya Allah azablah orang kuffar ahli kitab yang menghalangi jalanMu." (Riwayat al-Baihaqi, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam al-Irwa'. Al-Albani berkata : "Riwayat ini daripada 'Umar dalam qunut subuh. Dan yang zahirnya beliau qunut Nazilah (dalam solat subuh), sepertimana yang nyata dari doanya kepada orang kufar.)

Bolehkah Qunut Nazilah dibaca dengan bacaan yang lain ?

Qunut Nazilah boleh dibaca dengan bacaan yang lain. al-Nawawi di dalam al-Majmu' berkata : "Yang benar dan yang masyhur yang dinyatakan oleh kebanyakan ulama, bahawasanya ia (qunut nazilah) tidak ditentukan padanya (Yakni tidak perlu dengan cara baca(sighah) yang sama). Bahkan boleh dengan setiap (apa-apa) doa."

Maka tidak mengapa jika kita membaca qunut nazilah berdasarkan kesesuaian musibah yang melanda kita. al-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani berkata : "Tidak mengapa dengan adanya tambahan pada qunut Nazilah dengan melaknat orang-orang kufar, selawat ke atas Nabi saw dan doa untuk orang-orang muslimin." (Qiyam al-Ramadhan)

Tambahan doa lain adalah mengikut kehendak kita, misalnya:

Berdoa dengan doa ini:
اَللَّهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِيْ نُحُوْرِهِمْ وَنَعُوْذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku menjadikan Engkau di leher mereka (agar kekuatan mereka tidak berdaya dalam berhadapan dengan kami). Dan aku berlindung kepadaMu dari kejelekan mereka.”(HR. Abu Daud 2/89.Menurut pendapat Al-Hakim & disepakati Adz- Dzahabi: Hadits di atas adalah shahih 2/142.)


dan ini:
اَللَّهُمَّ مُنْزِلَ الْكِتَابِ، سَرِيْعَ الْحِسَابِ، اهْزِمِ اْلأَحْزَابَ، اَللَّهُمَّ اهْزِمْهُمْ وَزَلْزِلْهُمْ
"Ya Allah, yang menurunkan Kitab Suci, yang menghisab perbuatan manusia dengan cepat. Ya Allah, cerai beraikanlah golongan musuh dan goncang-kan mereka".(HR. Muslim)

dan ini:
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ، وَبِمُعَافَاتِكَ مِنْ عُقُوْبَتِكَ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْكَ، لاَ أُحْصِيْ ثَنَاءَ عَلَيْكَ أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ
Doa Qunut Witir
“Ya, Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan kerelaanMu dari kemarahanMu, dan dengan keselamatanMu dari siksaMu. Aku berlindung kepadaMu dari ancamanMu. Aku tidak mampu menghitung pujian dan sanjungan kepadaMu, Engkau adalah sebagaimana yang Engkau sanjungkan kepada diriMu sendiri.”(HR. Empat penyusun kitab Sunan dan Imam Ahmad)

dan apa jua doa yang terbuku di hati anda, sampaikanlah buat umat Islam~ Amin!


Moga Allah memberikan ganjaran yang baik pada orang yang sudi mendoakan temannya, dan moga umat Islam mendapat keamanan dan kemenangan. Ingatlah sabda Nabi SAW bermaksud: 
"Perumpamaan kaum muslimin yang saling kasih mengasihi dan cinta mencintai antara satu sama lain ibarat satu tubuh. Jika salah satu anggota berasa sakit maka seluruh tubuh akan turut berasa sakit dan tidak dapat tidur." (Riwayat Bukhari).

Wallahua'lam...


dipetik dan diubah suai dari http://www.islam-qa.com/index.php?ref=20031&ln=ara

4 comments:

Anonymous said...

Yahudi pasti musnah.. Diharap para umat Islam dapat menyampaikan masej Islam pada orang-orang awam Yahudi di negara2 barat agar mereka mengubah pandangan terhadap Islam...

Jika sebelum ini para pendakwah menumpu kepada dakwah kristian convert to Islam, skrg kita cuba dakwah Yahudi convert to Islam... Zaman Nabi dahulu Yahudi jadi lemah kerana ramai Yahudi masuk Islam..

Anonymous said...

Dirasakan, aqidah umat Islam sendiri masih lemah, jauh dari dakwah dan tersasar dari sunnah..

Allah murka pada orang yang berbuat syirik pada-NYA, jadi umat Islam mesti bebaskan diri dari syirik sebelum bebaskan Palestin dari Yahudi.

fakirabdillah said...

Salam sdra Abu Naila

Satu artikel yg amat bersesuaian dgn keadaan semasa.

Mmg kita sedih dgn apa yg berlaku ...tetapi kita wajar marah juga pd pemimpin Arab spt Hosni Mubarak & lain lain konco Zionis Amerika yg sama sama membantu membunuh sdra sebangsa & seagamanya..

Mcm komen sdra diatas..yg perlu didakwahkan dulu ialah pemimpin arab supaya bersatu...+ iran..kalau semua dunia islam bersatu ..israel..will behave & kecut...

Itulah doa kita yg utama ..muslim bersatu.

Anonymous said...

salam, saudara fakirabdillah..

Kita didalam Islam bersatu diatas dasar penyatuan iman (tauhid)dan penyatuan ini akan menyatukan diatara kaum dan bangsa dibawah satu tiang iaitu tiang agama (tauhid)..

Bila ia bersama jiwa, bukan sahaja arab mampu bersatu malah seluruh umat Islam dunia mampu bersatu...

Lihatlah saf solat seharian umat Islam didunia, ramai masih belum mampu merapatkan saf, sedangkan Nabi SAW bersabda maknanya: "Berlakunya perpecahan hati diantara umat Islam dgn mula perpecahan saf didalam solat".

Jika hari ini kita bersentuh kaki dimarahai, bagaimana nak mengikat hati..

Dakwah ini bukan sahaja pada zionis, kristian,syiah,majusi, namun jua pada umat Islam itu sendiri..

Biarlah setiap rumah ditanamkan ruh Islami didalam jiwa masing2... kemudian secara taklangsung membina masyarakat Islami.. Moga Allag merahmati hamba2-NYA yang bertaqwa dan beriman...

Moga keberkatan dan kebaikan dicurahkan bagi orang yg berjihad dan berdakwah ke jalan Allah..

Post a Comment