8/16/12

Tahukah anda Zakat Fitrah Satu Kewajipan buat kita?

Ramadhan sudah tiba ke penghujungnya, badan makin lesu setelah kuat bekerja disiang dan malam hari mencari keampunan Ilahi dan ganjaran yang berlipat ganda demi meraih syurga Al-Rayyan yang disediakkan Allah bagi orang yang berpuasa. 

Ramadhan yang kita lalui pasti ada kekurangan atau kecacatan kerana keletihan atau salah yang tidak disedari, lantaran itu Allah Azzawajal meletakkan penutup Ramadhan dengan Zakat Fitrah sebagai pelengkap Ibadah sebulan Ramadhan kita. Tahukah anda apa itu "zakat fitrah" yang diwajibkan ke atas semua umat Islam?

Zakat fitr (Zakat Fitrah), adalah zakat yang berkaitan dengan bulan Ramadhan, ketika kaum muslimin telah mengakhiri masa-masa puasa mereka di bulan tersebut, hingga akhir bulan yang disusul dengan datangnya bulan Syawal.

Oleh kerananya ia disebut Fitr, yang ertinya berbuka dan tidak lagi diwajibkan berpuasa.  Dari sini kita mengetahui bahwa zakat fitr adalah zakat yang disyariatkan sebagai pertanda berakhirnya bulan Ramadhan dan memasuki bulan Syawal.

Hukum Zakat Fitrah

Zakat fitr hukumnya wajib, berdasarkan hadits Abdullah bin Umar Radiyallahu ‘anhu, bahwa:
“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, mewajibkan zakat fitr satu sha’ dari kurma, atau satu sha’ dari gandum, bagi setiap orang yang merdeka atau budak, laki-laki atau wanita dari kaum muslimin.” (Muttafaq Alaihi)

Ibnul Mundzir berkata: Para ulama sepakat bahwa sedekah fitr hukumnya wajib.

Hikmah Disyariatkannya Zakat Fitrah
Dalam syariat Islam, zakat fitr memiliki hikmah dan kemaslahatan yang besar yang dapat kita petik darinya. Diantaranya:
Pertama : Membersihkan pahala orang yang berpuasa dari berbagai perbuatan sia- sia dan kesalahan, sehingga seorang yang berpuasa dapat meraih kesempurnaan pahala puasanya.
Kedua : Memberi makan kepada orang miskin, sehingga mereka juga merasakan kegembiraan di hari raya sebagaimana yang dirasakan oleh orang kaya.
Kedua-dua hikmah ini diambil dari sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam,:
“Rasulullah Shallallohu ‘alaihi wasallam, mewajibkan zakat Fitr untuk membersihkan orang yang berpuasa dari perbuatan sia- sia dan kesalahan, dan memberi makan kepada orang- orang miskin.”(HR.Abu Dawud, Ibnu Majah, Daruquthni, dan yang lainnya dari Abdullah bin Abbas Radiyallohu ‘anhu, dengan sanad yang hasan)

Siapa Yang Diwajibkan Menunaikan Zakat Fitrah?

8/5/12

Syaitan diikat Tetapi Maksiat Masih dibuat??

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
 إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ، وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ، وَصُفِّدَتِ الشَّيَاطِينُ 
Ertinya: “Jika datang bulan Ramadan, dibukakan pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai Syaitan-syaitan“. [HR Muslim, Al-Nasai, Ahmad, Malik]

Banyak dalam kalangan kita akan tertanya-tanya jika benar Syaitan sudah dirantai kenapa masih ada maksiat dan kejahatan yang berlaku?

Maka dalam menjawab persoalan ini berikut penjelasan para Ulama berkenaannya:

Kata Imam al-Qurtubi r.h sebagaimana yang dinukil oleh Imam al-Sayuti rahimahullah dalam Hasyiah beliau atas Sunan al-Nasai:
أَنَّهَا إِنَّمَا تُغَلُّ عَنِ الصَّائِمِينَ الصَّوْمَ الَّذِي حُوفِظَ عَلَى شُرُوطِهِ وَرُوعِيَتْ آدَابُهُ أَوِ الْمُصَفَّدُ بَعْضُ الشَّيَاطِينِ وَهُمُ الْمَرَدَةُ لَا كُلُّهُمْ وَالْمَقْصُودُ تَقْلِيلُ الشُّرُورِ مِنْهُمْ فِيهِ وَهَذَا أَمْرٌ مَحْسُوسٌ فَإِنَّ وُقُوعَ ذَلِكَ فِيهِ أَقَلُّ مِنْ غَيْرِهِ إِذْ لَا يَلْزَمُ مِنْ تَصْفِيدِ جَمِيعِهِمْ أَنْ لَا يَقَعَ شَرٌّ وَلَا مَعْصِيَةٌ لِأَنَّ لِذَلِكَ أَسْبَابًا غَيْرَ الشَّيَاطِينِ كَالنُّفُوسِ الْخَبِيثَةِ والعادات القبيحة وَالشَّيَاطِين الانسية
Maksudnya: “Bahawa ianya (yakni Syaitan) diikat daripada (mengganggu) orang-orang yang berpuasa dengan puasa yang terjaga syarat-syaratnya dan diraikan padanya adab-adabnya atau yang dirantai itu sebahagian Syaitan iaitulah yang ‘ganas’ daripada mereka bukan semuanya dengan tujuan mengurangkan kejahatan daripada mereka.

Berdoa Sepanjang Ramadhan

Orang-orang yang berpuasa khususnya di dalam bulan Ramadhan memiliki beberapa kelebihan untuk berdoa. Ia termasuk dalam beberapa ketika dan situasi doa yang dimakbulkan oleh Allah.
Satu daripadanya ialah ketika menjelang waktu berbuka puasa. Doa yang tidak akan ditolak itu dilakukan pada saat berbuka. Abdullah bin Umar rhm. juga pernah meriwayatkan sebuah hadis dari Nabi yang bermaksud, “Sesungguhnya orang yang berpuasa itu mempunyai satu kesempatan berdoa yang tidak akan ditolak pada saat ia berbuka puasa.” (Riwayat Imam Ibnu Majah dan al-Hakim)

Selain dari waktu berbuka, di dalam bulan Ramadan juga memberikan banyak kesempatan waktu-waktu berdoa yang makbul. Antara waktu doa yang makbul ialah :

1. Ketika malam lailatul qadar.
Allah berfirman di dalam Al-Qur’an, “Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sehingga terbit fajar”. (Al-Qadr : 3-5)
Imam As-Syaukani di dalam kitab Tuhfatu Dzakirin berkata bahawa kemuliaan Lailatul Qadar mengharuskan doa setiap orang pasti dikabulkan.

2. Sewaktu berpuasa.
Orang-orang yang berpuasa termasuk orang yang doanya mustajab. Doa yang tidak akan ditolak itu dilakukan pada saat berbuka. Ini berdasarkan kata Nabi, “Ada tiga orang yang tidak ditolak doanya ; orang yang sedang berpuasa ketika dia berbuka, pemimpin yang adil dan doa orang yang dizalimi.” (Hadis Tirmidzi & Ibnu Hibban)

3. Sepertiga akhir malam.
Nabi Muhammad saw pernah berkata seperti yang diriwayatkan oleh sahabatnya Abu Hurairah, “Sesungguhnya Rabb kami yang Maha Berkah lagi Maha Tinggi turun setiap malam ke langit dunia hingga berbaki sepertiga akhir malam, lalu berfirman ; barangsiapa yang berdoa, maka Aku akan kabulkan, barangsiapa yang memohon, pasti Aku akan perkenankan dan barangsiapa yang meminta ampun, pasti Aku akan mengampuninya”. (Shahih Al-Bukhari)