5/15/10

Bagaimanakah hati kita?

Nabi saw bersabda: "Ketahuilah, sesungguhnya di dalam tubuh manusia ada segumpal daging, apabila daging itu baik maka baiklah tubuh manusia itu, akan tetapi bila daging itu rusak maka rusak pula tubuh manusia. Ketahuilah bahwa sesungguhnya segumpal daging itu adalah hati."[HR. Bukhari-Muslim].
 
Jenis Hati Manusia


Hati manusia terbahagi kepada:
1. Qalbun Shahih (hati yang suci),
2. Qalbun Mayyit (hati yang mati),
3. Qalbun Maridh (hati yang sakit).


Pertama, Hati yg Suci (Qalbun Shahih)


1.Hati yang suci serta bersih dari sebarang penentangan terhadap perintah Allah Subhanahu wa Ta'ala, dan dari setiap penyimpangan yang menyalahi keutamaan-Nya.

2.Bersih dan suci hatinya dari syirik pada Allah.

5/12/10

Hukum Memakai Inai Bagi Lelaki?

Assalamualaikum w.b.t
Saya ditanyakan persoalan berkenaan hukum memakai inai bagi lelaki semasa perkahwinan yang mana ia menjadi satu adat didalam perkahwinan?

Jawapan:

Didalam Islam, kita mengutamakan dalil iaitu dari Al-Quran dan Al-Hadis  dari Al-Qur’an dan sunnah, sebagaimana Firman Allah:
Bermaksud: Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak
mempunyai pengetahuan tentangnya. sesungguhnya pendengaran,
penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggunganjawabnya.
(QS. 17:36).

Dan orang yang berkata dalam masalah agama tanpa dalil,bererti berkata atas nama Allah tanpa ilmu. Dan ini dilarang oleh Allah,sebagaimana firman-Nya,

Bermaksud:“ Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui”, (QS.2:169)."

Begitu juga ketika seseorang berfatwa dan memberikan jawapan dalam masalah agama tanpa dalil yang benar,maka fatwa atau jawabannya hanya akan menyesatkan saja. Rasulullah bersabda, 

Bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak mengambil ilmu dari manusia dengan mencabutnya, tetapi dengan mewafatkan para ulama’, dan ilmu akan ikut hilang bersamanya. Dan akan tinggal insan-insan jahil yang berfatwa tanpa ilmu, Maka dia telah tersesat dan akan menyesatkan”, (HR.Bukhari dan Muslim).

Jadi untuk menjawab persoalan ini memerlukan kepada tokohnya iaitu ulama yg berilmu.Dalam meneliti soalan dalam permasalahan Fiqh, metode yg digunakan adalah mengutamakan dalil dari Al-Quran dan Hadis kemudian Ijma' Sahabat dan pandangan ahli ilmu.

Mari kita lihat Fatwa-Fatwa para ulama Salaf dalam menjawab permasalahan inai dan hukumnya?

HADIS PALSU TENTANG ADAB MEMOTONG KUKU

Soalan dari email:

Benar ke hadis berkaitan memotong kuku seperti attachment di bawah nie ? Kita selalu mendengar hal ini dalam masyarakat kita. Kalau ustaz ada maklumat mengenai hadis ini mohon dapat dikongsi, supaya dapat ana betulkan sahabat yang forward kan e-mail ini.

RAHSIA MEMOTONG KUKU:

RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA:

Barang siapa yang mengerat kukunya pada:

* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan..
* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Jawapan:

Pakaian Menurut Islam

Bismillah, segala puji bagi Allah yg kita memuji-NYA dan berlindung dengan-NYA, dan kita memohon keampunan dari-NYA. Selawat dan Salam keatas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya serta para sahabatnya yg Allah janjikan syurga ke atas mereka.

Saya ingin menjawab soalan dari seorang teman yg bertanya ttg pakaian menurut Islam yg mana pada pandangannya tidak boleh berpakaian seperti barat?

Didalam berpakaian, Islam membenarkan kita memakai apa jua pakaian, kecuali yg diharamkan oleh syarak darinya.

Kun-nyah Satu Sunnah, Mari Praktikkan!!

Bismillah, Selawat dan salam ke atas Abil-Qasim SAW dan keluarganya serta para sahabatnya,

Menggunakan kun-yah (كُنْيَة) adalah sunnah yang thabit dari Nabi SAW, para sahabat r.a dan ulama sepanjang zaman.

Kun-yah adalah nama yang diawali dengan kata “abu” jika yang diberi kuniyah adalah seorang laki-laki, atau dengan kata “ummu” jika yang diberi kuniyah adalah seorang perempuan.

Kun-yah yang Nabi SAW gunakan untuk diri Baginda ialah Abu al-Qasim seperti yang terdapat dalam hadith-hadith yang sahih. Dan Ulama telah berijmak mengharuskan penggunaan kun-yah selain Abu al-Qasim.

Sabda Rasulullah SAW:

تَسَمَّوْا بِاسْمِي وَلَا تَكَنَّوْا بِكُنْيَتِي فَإِنِّي أَنَا أَبُو الْقَاسِمِ أَقْسِمُ بَيْنَكُمْ

"Berilah nama dengan namaku, tetapi janganlah menggelar dengan gelaranku (kun-yahku) kerana akulah Abu al-Qasim, aku membahagikan di antara kamu". (H.R Muslim)

5/11/10

Bagaimana tawassul dalam Islam?

Perbahasan berkenaan Tawassul adalah satu perkara yg penting kerana tawassul merupakan satu cara mendekatkan diri kepada Allah atau taqarryb ilallah...
Allah swt berfirman yang bermaksud,
"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri KepadaNya." (Al-Maa'idah: 35)

Qatadah r.a berkata, "Dekatkanlah dirimu kepadaNya, dengan keta'atan dan amal yang membuatNya redha."

Tawassul yang disyariatkan adalah tawassul sebagaimana yang diperintahkan oleh Al-Quran, diteladankan oleh Rasulullah SAW dan dipraktikkan oleh para sahabat.

Jawapan kekeliruan berkenaan Puasa Jumaat dan Ibadah khusus pada hari jumaat

Assalaamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Saya memuji, ruku' dan sujud kepada Allah yang Maha Besar. Saya bersaksi bahwa tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad adalah utusan Allah. Selawat serta salam kepada Rasul SAW, beserta para keluarga, sahabat serta para pengikutnya hingga akhir zaman yang Allah meredhai mereka.

Saya ditanya oleh seorang teman persoalan mengenai puasa di hari jumaat? Adakah anda pernah dengar bahawa puasa dihari jumaat tidak boleh tunggal?

Jawapannya:

Al-Imam Al-Nawawi di dalam Minhaj al-Thalibin berkata:
"Dimakruhkan berpuasa hari Jumaat secara bersendirian, dan pada hari Sabtu."
(Bihamisy Mughnil Muhtaj, vol.1, hal. 447)

10 Fatwa Imam Al-Syafie yg Wajib anda tahu

Ramai yang mengaku bermazhab Syafi’e dan mengakui mengikuti serta mempraktikkan Islam berdasarkan istinbat hukum oleh imam asy-Syafi’i. Namun, hakikatnya, ramai yang keliru kerana banyak fatwa-fatwa imam asy-Syafi’i yang tidak kita ketahui malah kita mengabaikannya. Padahal semua fatwa-fatwa itu adalah sangat penting dan berkaitan sekitar isu aqidah dan persoalan i’tiqad. Dengan itu, sama-sama lah kita teliti semula beberapa fatwa-fatwa beliau tersebut dan sama-sama kita muhasabah diri.

Fatwa-fatwa ini hanyalah sebahagian kecil dari sejumlah fatwa atau pendapat imam asy-Syafi’i sahaja. Ianya diambil daripada buku/kitab berjudul “Manhaj Imam asy-Syafi’i fi Itsbat al-Aqidah”, karya/susunan Dr. Muhammad bin Abdil-Wahab al-’Aqil.

Sama-sama kita teliti,

1 – MERATAKAN KUBURAN

Imam asy-Syafi’e rahimahullah menyatakan:

“Saya suka kalau tanah kuburan itu tidak ditinggikan dan selainnya dan tidak mengambil padanya dan tanah yang lain. Tidak boleh, apabila ditambah tanah dan lainnya menjadi tinggi sekali, dan tidak mengapa jika ditambah sedikit saja sekitar. Saya hanya menyukai ditinggikan (kuburan) di atas tanah satu jengkal atau sekitar itu dari permukaan tanah”. (Syarah Muslim 2/666, Manhaj Imam asy-Syafi’i fi Itsbat al-Aqidah, 1/257)

FATWA SYEIKH IBN JIBRIN HAFIZAHULLAH BERKENAAN SYIAH IMAMIAH RAFIDAH

TERJEMAHAN dari Fatwa Syiekh Ibn Jibrin:

SOALAN : Apakah hukum memberikan zakat Ahli Sunnah kepada golongan fakir al-Rafidah (Syiah)[1] dan adakah terlepas tanggungan orang yang diwakilkan supaya membahagi-bahagi zakat jika dia memberinya kepada orang Rafidah yang fakir?

JAWAPAN : Para Ulama telah menyatakan dalam karangan mereka dalam bab ahli (yang berhak menerima) zakat bahawa zakat tidak diberi kepada kafir dan kepada Ahli Bidaah. Maka Rafidah adalah kafir tanpa ragu-ragu lagi dengan berdalilkan empat perkara :

Sebab Memperoleh Zuhud

1. Memandang dunia akan kesegeraan berakhir,kefana’annya, kekurangannya, kehinaannya dan penuh didalamnya akan kesedihan,kesusahan dan kepayahan di dalamnya.

2. Memandang akhirat akan kesejahteraannya,kedatangannya yang pasti, ketenangan padanya,kebahagian sebenar, kekekalannya dan kemuliaan di dalamnya yang penuh kebaikan-kebaikan.

3. Mengantarkan jenazah sambili memikirkan penderitaan orang tua kita dan saudara-saudara kita. Mereka tidak membawa sesuatu apapun ke kuburan-kuburan mereka dari harta dunia, dan tidaklah pula bermanfaat kecuali amal-amal soleh mereka.

Dosa-Dosa & Facebook

Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.
 
Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-
 
1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.
Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka.  Tertekanlah suami serba salah.

Photos dan Tagging yang Mengundang Dosa~

Ketika mula-mula saya mendaftar dan menyertai laman rangkaian sosial Facebook, saya tertarik dengan satu fungsi dalam aplikasi ‘Photos‘ yang dikenali sebagai ‘Tagging‘. Mungkin dalam Bahasa Melayu boleh diterjemahkan sebagai ‘penandaan’.

Fungsinya, pengguna Facebook yang muat naik gambar ke dalam album fotonya boleh melakukan ‘tagging‘ iaitu menanda pengguna-pengguna lain yang ada dalam gambar tersebut. Aturannya ringkas, semudah ABC, dan hasilnya gambar-gambar yang ditanda itu secara automatik akan masuk dalam senarai ‘Photos of‘ bagi pengguna lain yang ditanda.

Menariknya fungsi ‘tagging‘ dalam aplikasi ‘Photos‘ ini, ialah semua gambar-gambar yang dilakukan tagging kepada seseorang pengguna akan terkumpul di bahagian ‘Photos‘ di profile nya.