5/11/10

FATWA SYEIKH IBN JIBRIN HAFIZAHULLAH BERKENAAN SYIAH IMAMIAH RAFIDAH

TERJEMAHAN dari Fatwa Syiekh Ibn Jibrin:

SOALAN : Apakah hukum memberikan zakat Ahli Sunnah kepada golongan fakir al-Rafidah (Syiah)[1] dan adakah terlepas tanggungan orang yang diwakilkan supaya membahagi-bahagi zakat jika dia memberinya kepada orang Rafidah yang fakir?

JAWAPAN : Para Ulama telah menyatakan dalam karangan mereka dalam bab ahli (yang berhak menerima) zakat bahawa zakat tidak diberi kepada kafir dan kepada Ahli Bidaah. Maka Rafidah adalah kafir tanpa ragu-ragu lagi dengan berdalilkan empat perkara :

Pertama : Celaan mereka terhadap al-Qur’an dan dakwaan mereka bahawa sebanyak 2/3 daripadanya telah dibuang sebagaimana yang termaktub dalam kitab mereka yang dikarang oleh al-Nuri dan dinamakan ‘Faslul Khitab fi Isbat Tahrif Kitab Rabbil Arbab’ (Kata Muktamad dalam Menetapkan Bahawa Berlaku Perubahan dalam Kitab Tuhan sekalian Pemilik) dan dalam Kitab al-Kafi[2] serta selainnya daripada kitab mereka. Barangsiapa yang mencela al-Qur’an maka dia kafir mendustakan ayat Allah Taala : وإنا له لحافظون (dan sesungguhnya Kami baginya (al-Qur’an) adalah penjaganya) – Surah al-Hijr ayat 9.

Kedua : Celaan mereka terhadap Sunnah dan hadis-hadis Sahihain (al-Bukhari & Muslim), maka mereka tidak beramal dengannya kerana hadis-hadis itu daripada riwayat para Sahabat yang merupakan golongan kafir pada pandangan mereka di mana mereka percaya bahawa para sahabat menjadi kafir setelah kewafatan Nabi s.a.w kecuali Ali r.a dan keturunannya, Salman r.a, Ammar r.a dan sebilangan kecil daripada mereka. Adapun tiga khalifah (Abu Bakar r.a, Umar r.a, dan Usman r.a) dan majoriti Sahabat yang membaiat mereka (tiga khalifah ini) telah murtad menjadi kafir maka tidak diterima hadis-hadis (riwayat) mereka sebagaimana yang dinyatakan dalam Kitab al-Kafi dan selainnya daripada kitab-kitab mereka (Rafidah).

Ketiga : Tindakan mereka mengkafirkan Ahli Sunnah, maka mereka tidak bersolat (berimam) di belakang Sunni dan sesiapa yang solat di belakang (berimam) sunni maka dia mengulang solatnya bahkan mereka beriktikad setiap seorang daripada kita adalah najis maka setiap kita mereka bersalam dengan kita mereka membasuh tangan selepas itu dan sesiapa yang mengkafirkan kaum muslimin maka dia lebih utama dikufurkan. Oleh itu, kita mengkafirkan mereka sebagaimana mereka mengkafirkan kita bahkan lebih utama lagi (kita mengkafirkan mereka).

Keempat : Syirik mereka yang nyata dalam berlebih-lebihan terhadap Ali r.a dan zuriatnya serta mereka menyeru (memohon hajat) kepada mereka bersama Allah (syirik dalam doa) dan perkara ini jelas dalam kitab-kitab mereka. Demikian juga mereka mensifatkan mereka (yakni Imam-imam Syiah) dengan sifat-sifat yang hanya layak untuk Allah s.w.t dan kami telah mendengarnya dalam kaset-kaset mereka. Kmeudian, mereka (Rafidah) juga tidak menyertai masyarakat Ahli Sunnah dan tidak memberi sedekah kepada fakir Ahli Sunnah. Jika mereka lakukannya pun disertai dengan kebencian yang terpendam dan secara Taqiah[3] sahaja.

Oleh itu, sesiapa yang membayar zakat kepada mereka hendaklah dia menggantikannya kerana dia telah memberi kepada orang yang membantu kekufuran dan memerangi sunnah.

Sesiapa yang diwakilkan membahagi zakat, haram atasnya memberi kepada Rafidi(Syiah) dan jika dia melakukannya juga tidak lepas tanggungjawabnya dan hendaklah dia membayar ganti atasnya kerana dia tidak menunaikan amanah kepada yang berhak. Sesiapa yang syak dalam masalah ini (kufurnya Syiah Rafidah) maka bacalah buku-buku yang menolak mereka seperti kitab al-Qafari[4] yang membidas mazhab mereka dan kitab Khutut al-Aridah karangan al-Khtaib[5] dan kitab-kitab Ihsan Ilahi Zahir[6] serta kitab-kitab lainnya dan Allah jualah yang memberi Taufiq.


[SUMBER : FATAWA SYEIKH IBN JIBRIN, 18/45, CET. MAKTABAH SHAMILAH].

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Foot Note:

[1]Syiah Rafidah merujuk kepada Syiah Imamiah yang memerintah Iran dan bertebaran di bumi Iraq dan beberapa tempat lain lagi. Adapun Syiah Zaidiah yang berpusat di Yaman dan banyak diikuti golongan Syed di Yaman tidak termasuk dalam fatwa Syeikh ini kecuali mereka adalah ahli bidaah.

[2]Al-Kafi adalah Kitab Induk akidah Syiah sama seperti Sahih al-Bukhari di sisi ahli Sunnah.

[3] Taqiah bermakna bermuka-muka. Ia termasuk akidah utama Syiah sehingga menurut mereka : Tidak ada agama bagi mereka yang tidak bermuka-muka.

[4]Iaitulah Kitab Masalah al-Taqrib.

[5] Yakni Syeikh Muhibbudin al-Khatib r.h.

[6] Seyikh Ihsan Ilahi Zahir r.h seorang ulama Salaf di Pakistan. Terkenal dengan usahanya menolak Syiah Imamiah sehingga akhirnya mereka membunuhnya dengan meletupkan pentas tempat dia menyampaikan ceramah. Semoga Syeikh termasuk mereka yang mendapat syahid.amin.

dipetik dari blog Mashoori

0 comments:

Post a Comment