8/11/10

Ramadhan Terbaik


Alhamdulillah...
Berlalu sudah solat terawikh pertama semalam, hati rasa sangat gembira bila bersua dengan bulan yg penuh barakah dan kebaikan padanya.

Diceritakan bahawa ulama salaf bahwasanya mereka dahulu berdo'a kepada Allah selama 6 bulan agar Allah menyampaikan mereka kembali kepada Ramadhan kemudian mereka juga berdo'a kepada-Nya selama 6 bulan agar Dia menerima amalan-amalan mereka.

Abdul Aziz bin Abi Daud berkata : "Aku mendapati mereka bersungguh-sungguh dalam beramal shalih. Ketika mereka telah melakukannya, mereka didatangi kerisauan, apakah amalan mereka diterima atau tidak."
Tingginya peribadi dan zuhudnya mereka sebagai ulama yg mendahului kita didalam amalan soleh. Moga kita dapat mencontohi mereka walaupun sedikit.
Rahsia kejayaan mereka adalah beramal dengan ilmu. Ketahuilah saudaraku bahawa Ibadah kita dinilai pada kualiti dan ketepatan amalan kita mencontohi Nabi SAW. Ini kerana amalan terbaik yg dilakukan adalah amalan Nabi SAW sebagai utusan Allah dan penyampai Agama kepada kita.

Malah Nabi memberi peringatan kepada kita dengan sabda baginda SAW:"Ertinya : Barangsiapa mengerjakan amalan yang tidak ada padanya perintah kami maka amalan tersebut tertolak" [Hadits Riwayat Muslim]

Jadi ini menunjukan bahawa kualiti suatu amalan bukan pd jumlah amalan tersebut namun kepada ketepatan amalan berdasarkan Sunnah Nabi SAW.

Muhasabah Iman

Didalam Ramadahan yg penuh barakah bersama kita merenung amalan seharian kita bermula dari ilmu kita terhadap syahadah kita, iaitu mengetahui apa makna kalimah syahadah yg setiap hari kita lafazkan?, apa rukunya?, apa syarat-syarat syahadah?, apakah perkara yang membatalkan syahadah?, jika ha-hal kecil sebegini belum kita tahu jawapannya, maka kita perlu tahu bahawa kita masih kurang pengetahuan Agama dan harus memperbaikinya dari sekarang.

Syahadah merupakan perkara asas dan juga perkara terpenting didalam Islam dan kerana itulah ia menjadi rukun Islam yang pertama. Bermula dari pengenalan pada syahadah diluaskan dengan mendalami ilmu Aqidah iaitu mengenal Allah dan Rasul-Nya serta mengenal Islam sebaagai Agama yg menjadi pegangan kita.

Islam yg ada pada diri kita janganlah dianggap warisan, namun Islam itu adalah Agama yg tinggi nilainya disisi Allah dan kita harus bersungguh sungguh menjaganya.

Solat kita bagaimana?

Bersama kita mengulangkaji tatacara solat kita, apakah dalil bagi setiap pergerakan solat kita?

Bagi bulan Ramadhan kita dihiaskan dengan solat sunnat tarawih yg mendapat sambutan ramai melebihi solat fardhu secara berjamaah, ini ssesuatu yg terkurang dikalangan kita dan perlu diperbetulkan. Solat tarawih adalah sunnat yg digalakan namun solat fardhu adalah wajib, bagaimana mungkin orang meninnggalkan solat berjemaah pada solat fardhu tetapi berlumba-lumba melakukan solat berjemaah pada solat sunnat pada bulan ramadhann. Ya, solat berjemaah itu bagus biarpun sunnat, namun biarlah seimbang.

Apa itu solat tarawih?

Solat yang dilaksanakan secara berjamaah pada malam-malam bulan Ramadhan dinamakan tarawih. (Syarh Shahih Muslim, 6/39 dan Fathul Bari, 4/294). Kerana para jemaah yang pertama kali bekumpul untuk solat tarawih beristirahat setelah dua kali salam (iaitu setelah melaksanakan 2 rakaat ditutup dengan salam kemudian mengerjakan 2 rakaat lagi lalu ditutup dengan salam). (Lisanul 'Arab, 2/462 dan Fathul Bari, 4/294)

Dalil sunat tarawih berdasarkan hadis Nabi SAW dari Abu Hurairah RA katanya, sabda Rasul SAW:

مَنْ قَامَ رَمَصَانَ إِيْمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
"Barangsiapa menghidupkan Ramadhan dengan keimanan dan mengharap balasan dari Allah ta'ala , niscaya diampunkan baginya dosa yang telah lalu." (Muttafaqun'alaih)

Dan kata Imam Al-Nawawi "Yang dimaksud dengan qiyamu(menghidupkan) Ramadhan adalah shalat tarawih dan ulama telah bersepakat bahwa shalat tarawih hukumnya mustahab (sunnah)." (Syarh Shahih Muslim, 6/282)

Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani ketika mensyarahkan hadis ini menyatakan qiyamu(menghidupkan) Ramadhan bukan diperolehi dengan tarawih sahaja malah juga dengan melaksanakan amal-amal ibadah yang lain.(Fathul Bari, 4/295)

Solat Tarawih ini dilakukan selepas solat Isyak dan sunnat dilakukan secara berjamaah.

Jumlah Rakaat dalam Solat Tarawih
Kemudian untuk jumlah rakaat dalam solat tarawih adalah 11 rakaat berdasarkan:

1. Hadits yang diriwayatkan dari Abu Salamah bin 'Abdurrahman, beliau bertanya pada 'Aisyah radhiyallahu 'anha tentang sifat solat Rasulullah shallallahu alaihi wasallam pada bulan Ramadhan, beliau menjawab:
"Tidaklah (Rasulullah SAW) melebihkan (jumlah rakaat) pada bulan Ramadhan dan tidak pula pada selain bulan Ramadhan dari 11 rakaat." (HR. Al-Imam Al-Bukhari)

'Aisyah radhiyallahu 'anha dalam hadits di atas mengisahkan tentang jumlah rakaat solat malam Rasulullah shallallahu alaihi wasallam yang telah beliau saksikan sendiri yaitu 11 rakaat, baik di bulan Ramadhan atau bulan lainnya. "Beliaulah yang paling mengetahui tentang keadaan Nabi shallallahu alaihi wasallam di malam hari dari lainnya." (Fathul Bari, 4/299)

2. Dari Saaib bin Yazid beliau berkata:

"'Umar bin Al-Khaththab radhiyallahu 'anhu memerintahkan pada Ubai bin Ka'b dan Tamim Ad-Dari untuk memimpin shalat berjamaah sebanyak 11 rakaat." (HR. Al-Imam Malik, lihat Al-Muwaththa Ma'a Syarh Az-Zarqani, 1/361 no. 249)


Asy-Syaikh Nashiruddin Al-Albani rahimahullah berkata dalam Al-Irwa (2/192) tentang hadis ini: "(Hadis) ini isnadnya sangat shahih." Asy-Syaikh Muhammad Al-'Utsaimin rahimahullah berkata: "Dan (hadits) ini merupakan nash yang jelas dan perintah dari 'Umar, dan (perintah itu) sesuai dengannya radhiyallahu 'anhu karena beliau termasuk manusia yang paling bersemangat dalam berpegang teguh dengan As Sunnah, apabila Rasulullah shallallahu alaihi wasallam tidak melebihkan dari 11 rakaat maka sesungguhnya kami berkeyakinan bahwa 'Umar radhiyallahu 'anhu akan berpegang teguh dengan jumlah ini (iaitu 11 rakaat)." (Asy-Syarhul Mumti')

Adapun pendapat yang menyatakan bahwa shalat tarawih itu jumlahnya 23 rakaat adalah pendapat yang lemah kerana sandaran bagi pandangan ini adalah berdasarkan hadis-hadis yg lemah(dhaif). Di antara hadis-hadis tersebut:

1. Dari Yazid bin Ruman beliau berkata:

"Manusia menegakkan (shalat tarawih) di bulan Ramadhan pada masa 'Umar bin Al-Khaththab radhiyallahu 'anhu 23 rakaat." (HR. Al-Imam Malik, lihat Al-Muwaththa Ma'a Syarh Az-Zarqaani, 1/362 no. 250)

Al-Imam Al-Baihaqi rahimahullah berkata: "Yazid bin Ruman tidak menemui masa 'Umar radiyallahu 'anhu". (Nukilan dari kitab Nashbur Rayah, 2/154) (maka sanadnya munqothi/terputus).

Asy-Syaikh Nashiruddin Al-Albani rahimahullah men-dha'if-kan hadits ini sebagaimana dalam Al-Irwa (2/192 no. 446).

2. Dari Abu Syaibah Ibrahim bin ‘Utsman dari Hakam dari Miqsam dari Ibnu ‘Abbas radiyallahu 'anhu :
"Sesungguhnya Nabi shallallahu alaihi wasallam solat di bulan Ramadhan 20 rakaat dan witir." (HR. Ath-Thabrani dalam Al-Mu’jamul Awsath, 5/324 no. 5440 dan 1/243 no. 798, dan dalam Al-Mu’jamul Kabir, 11/311 no. 12102)

Al-Imam Ath-Thabrani rahimahullah berkata: "Tidak ada yang meriwayatkan hadits ini dari Hakam kecuali Abu Syaibah dan tidaklah diriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas kecuali dengan sanad ini saja." (Al-Mu’jamul Ausath, 1/244)

Dalam kitab Nashbur Rayah (2/153) dijelaskan: "Abu Syaibah Ibrahim bin ‘Utsman adalah perawi yang lemah menurut kesepakatan, dan dia telah menyelisihi hadits yang shahih riwayat Abu Salamah, sesungguhnya beliau bertanya pada ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha : "Bagaimana shalat Rasulullah shallallahu alaihi wasallam di bulan Ramadhan? (iaitu dalil pertama dari pendapat yang pertama)." Asy-Syaikh Nashiruddin Al-Albani rahimahullah menyatakan bahwa hadits ini maudhu’ (palsu). (Adh-Dha’ifah, 2/35 no. 560 dan Al-Irwa, 2/191 no. 445)

Jadi jelas kepada kita kekeliruan amalan yg dilakukan, saya menasihatkan pada diri saya dan saudara sekalian agar kesilapan kita diperbetulkan pada bulan Ramadhan, pastikan amalan kita berkualiti dan menyamai amalan baginda dan para sahabat yg Allah redha pada mereka.

Indahnya Ramadhan ini jika kita hiasi amalan kita dengan ilmu, penulisan seterusnya akan bersambung pada esok hari....." Tajuk: sunnah dalam berbuka puasa"

0 comments:

Post a Comment