8/12/10

Sunnah didalam Berbuka Puasa

Sungguh indah sunnah Nabi SAW didalam berbuka Puasa, jika kita perhatikan, Nabi SAW menganjurkan kepada umatnya agar mempercepatkan berbuka setelah masuk waktu berbuka.

Waktu berbuka bagi umat Islam adalah berdasarkan Firman Allah Azzawajal:

وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ اْلأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ اْلأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ


"Makan dan minumlah kalian hingga jelas bagimu benang putih dan benang hitam" (Al-Baqarah: 187)


Ayat diatas bermaksud tempoh waktu berpuasa adalah bermula bila terbitnya fajar iaitu subuh hingga terbenam matahari iaitu bila masuk waktu maghrib.


Tidak boleh sengaja melewatkan berbuka walaupun rasa masih kuat dan mampu, hal ini kerana nilaian ibadah kita disisi Allah bukan pada perbuatan tersebut, namun ketepatan kita pada perlaksanaan ibadah puasa sepertimana yang dilakukan oleh insan termulia iaitu Rasul SAW.

Berulang-ulang kali sy mengulangi perkataan saya, kualiti ibadah terletak pada ketepatan kita dalam perlaksanaannya. Kita menjadikan para sahabat Nabi SAW sebagai contoh ikutan, dari  ‘Amr bin Maimun Al-Audi meriwayatkan:

كَانَ أَصْحَابُ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَعْجَلَ النَّاسِ إِفْطًارًا وَأَبْطَأَهُمْ سُحُوْرًا

"Para shahabat Muhammad SAW adalah orang yang paling cepat berbukanya dan paling lambat sahurnya." (HR. Al-Baihaqi, 4/238, dan Al-Hafidz Ibnu Hajar menshahihkan sanadnya)

Berbuka puasa dianjurkan kita menyegerakan, jangan pula kita bersolat maghrib dahulu sebelum berbuka, jika kita menagguhkan berbuka, itu termasuk didalam kezaliman ke atas anggota kita.

Sahl bin Sa’ad z meriwayatkan Rasulullah n bersabda:

لاَ تَزَالُ أُمَّتِيْ عَلَى سُنَّتِيْ مَا لَمْ تَنْتَظِرْ بِفِطْرِهَا النُّجُوْمَ

"Senantiasa umatku berada di atas Sunnahku selama mereka tidak menunggu (munculnya) bintang ketika hendak berbuka." (HR. Al-Hakim, 1/599, Ibnu Hibban, 8/3510, dengan sanad yang shahih. Lihat Shifat Shaum An-Nabi hal. 63)

Mempercepat berbuka puasa akan mendatangkan kebaikan bagi pelakunya. Seperti yang diriwayatkan Sahl bin Sa’ad RA bahwa Rasulullah SAW bersabda:

لاَ يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوا الفِّطْرَ

"Senantiasa manusia berada dalam kebaikan selama mana mereka mempercepatkan berbuka puasa." (HR. Al-Bukhari, 2/1856, dan Muslim, 2/1098)

Mempercepat berbuka puasa merupakan perbuatan menyelisihi Yahudi dan Nashara. Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda:

لاَ يَزَالُ هَذَا الدِّيْنُ ظَاهِرًا مَا عَجَّلَ النَّاسُ الْفِطْرَ لأَنَّ الْيَهُوْدَ وَالنَّصَارَى يُؤَخِّرُوْنَ

"Senantiasa agama ini nampak jelas selama manusia mempercepat buka puasa kerana Yahudi dan Nashara mengakhirkannya." (HR. Abu Dawud, 2/2353, Ibnu Majah, 1/1698, An-Nasai dalam Al-Kubra, 2/253, dan Ibnu Hibban, 8/3503, dan dihasankan oleh Asy-Syaikh Al-Albani)

Selain itu, mempercepat buka puasa termasuk akhlak kenabian. Sebagaimana dikatakan ‘Aisyah RA:

ثَلاَثٌ مِنْ أَخْلاَقِ النُّبُوَّةِ: تَعْجِيْلُ اْلإِفْطَارِ وَالتَّأْخِيْرُ السُّحُوْرِ وَوَضْعُ الْيَمِيْنِ عَلَى الشِّمَالِ فِي الصَّلاَةِ

"Tiga hal dari akhlak kenabian: mempercepat berbuka, mengakhirkan sahur, dan meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri dalam shalat." (HR. Ad-Daruquthni, 1/284, dan Al-Baihaqi, 2/29)

Disunnahkan dan sebaik-baik makanan untuk berbuka adalah kurma, hal ini dianjurkan oleh baginda SAW,Anas bin Malik RA berkata:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُفْطِرُ قَبْلَ أَنْ يُصَلِّيَ عَلَى رُطَبَاتٍ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ رُطَبَاتٍ فَتُمَيْرَاتٍ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تُمَيْرَاتٍ حَسَا حَسَوَاتٍ مِنْ مَاءٍ

"Adalah Nabi SAW berbuka dengan ruthab (kurma muda) sebelum shalat (Maghrib), bila tidak ada ruthab maka dengan tamr (kurma yang matang), bila tidak ada maka dengan beberapa teguk air." (HR. Abu Dawud, 2/2356, dan At-Tirmidzi, 3/696, Ad-Daruquthni, 2/185, dengan sanad yang shahih, dishahihkan oleh Asy-Syaikh Al-Albani)


Berbuka dengan tamar bermaksud mendahulukan berbuka puasa kita dengan tamar merupakan suatu sunnah, dan seterusnya kita memakan makan lain yg tersedia atau terhidang. Jangan pula kita menyempitkan skop kefahaman dengan hanya memakan kurma bila berbuka tanpa memakan makanan lain.

Selain itu baginda SAW mengajarkan kita doa berbuka iaitu,

ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَتِ الْعُرُوْقُ وَثَبَتَ اْلأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللهُ تَعَالَى

"Telah hilang dahaga dan telah basah urat-urat dan telah tetap ganjaran insya Allah." (HR. Abu Dawud, 2/306 no. 2357, An-Nasai dalam As-Sunan Al-Kubra)

Kita dianjurkan berdoa dengan apa-apa jua doa, namun sebaik-baik doa adalah doa yg dibacakan oleh Nabi SAW. Mendekatkan diri dengan sunnah baginda adalah amalan yg mulia dan dicintai Allah.

Terdapat kelebihan bagi orang yg berpuasa disaat berbuka iaitu doa yg mustajab dan tidak ditolak oleh Allah, ini direkodkan didalam hadis yg diriwayatkan oleh Abu Hurairah, sabda Rasul SAW:
ثلاثة لا ترد دعوتهم : الصائم حين يفطر، و الإمام العادل، و دعوة المظلوم

Maksudnya : " Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka : Orang yang berpuasa di saat berbuka,
imam yang adil, dan orang yang dizalimi ". [HR At-Tirmidzi : 2526]


Kurangkan bergurau senda dan jauhilah perkataan-perkataan yg tidak baik, kerana puasa itu merangkumi lisan kita dan kita harus menjaganya. Jadi banyakkan berkata-kata dengan ucapan yang baik dan banyakkan berdoa seharian berpuasa.



Selain itu diantara sunnah dalam berbuka jua adalah memberi makan kepada orang lain untuk berbuka, perkara ini disebut didalam sabda Nabi SAW:
 من فطر صائما كان له مثل أجره غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئا
Maksudnya : " Barang sesiapa yang memberi makan untuk orang berbuka puasa, baginya pahala orang berpuasa tanpa dikurang sedikitpun dari pahalanya " [HR At-Tirmidzi : 804, Ibnu majah : 1746]


Selamat berbuka buat semua dan perbanyakkan sedekah, Moga amalan kebaikan kita menjadi penghapus dosa yang lampau. 



0 comments:

Post a Comment