5/12/10

Pakaian Menurut Islam

Bismillah, segala puji bagi Allah yg kita memuji-NYA dan berlindung dengan-NYA, dan kita memohon keampunan dari-NYA. Selawat dan Salam keatas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya serta para sahabatnya yg Allah janjikan syurga ke atas mereka.

Saya ingin menjawab soalan dari seorang teman yg bertanya ttg pakaian menurut Islam yg mana pada pandangannya tidak boleh berpakaian seperti barat?

Didalam berpakaian, Islam membenarkan kita memakai apa jua pakaian, kecuali yg diharamkan oleh syarak darinya.

Berkenaan pakaian itu dari mana, barat, timur atau selatan, itu tidak menjadi masalah bagi umat Islam.

Islam lebih mengutamakan adab, dalam berpakaian, terlalu banyak hadis yg menceritakan ttg adab berpakaian seperti menutup aurat, mendahulukan kanan, melonggarkan pakaian dan lain2 sehinggakan warna pakaian juga dibincangkan. Islam suatu agama yg 'taisiir' atau mudah. Maka janganlah kita menyusahkannya 
"Kaedah penting buat semua, dalam agama kita, kaum muslimin baik laki2 maupun perempuant idak diperbolehkan untuk menyerupai orang kafir baik dalam masalah ibadah, hari raya maupun pakaian yang menjadi ciri khas mereka. Ini merupakan kaedah penting dalam agama kita yang sudah tidak diendahkan oleh banyak kaum muslimin."
Patut diketahui bahwa dalil-dalil yang menunjukkan benarnya kaedah di atas adalah banyak sekali baik dari ayat al-Qur'an maupun hadits-hadits Nabi. Berikut ini adalah di antara ayat al-Qur'an yang menunjukkan adanya kaedah di atas.

Allah berfirman yang ertinya,
"Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan (agama itu), maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui." (QS. Al-Jatsiah [45]: 18)


dan seterusnya

Allah berfirman errtinya, "Dan seandainya kamu mengikuti hawa nafsu mereka setelah datang
pengetahuan kepadamu, maka sekali-kali tidak ada pelindung dan pemelihara bagimu terhadap (siksa)Allah." (QS. ar-Ra'du [13]: 37)

Mengikuti orang kafir dalam hal yang merupakan ciri khas mereka baik berkaitan dengan agama mereka atau tabiat agama mereka adalah termasuk mengikuti hawa nafsu orang kafir.

Apa yg ditekankan oleh para ulama adalah berpakaian dgn kemas dan baik, memilih warna yg disukai Nabi SAW seperti warna putih.

Malah ada kelebihan bagi lelaki memakai warna putih. Warna pakaian yang dianjurkan untuk laki-laki adalah warna putih. Hal ini terdapat hadits dari Ibnu Abbas, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam
bersabda, "Kenakanlah pakaian yang berwarna putih, kerana itu adalah sebaik-baik pakaian kalian dan
jadikanlah kain berwarna putih sebagai kain kafan kalian." (HR. Ahmad, Abu Daud dll, shahih).

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Manakala bagi wanita Islam, dilarang bertabarruj dan disuruh memakai pakaian yg tidak menarik perhatian lelaki.

dalam erti kata lain, yang dimaksud dengan pakaian yang menjadi "perhiasan" yang tidak boleh dipakai oleh seorang muslimah ketika keluar rumah(berdepan lelaki ajnabi) adalah:

1. Pakaian yang terdiri dari berbagai warna (warna warni yg menyebabkan tarikan lelaki melihatnya)- warna jahitan atau sulaman yg berwarna tidak mengapa kerana hal itu disebut didalam hadis.
2. Pakaian yang dihias dengan garis-garis berwarna keemasan atau berwarna perak yang menarik
perhatian laki-laki. (Kitab Fiqh Sunnah lin Nisa', hal. 388).
3. Kain yg jarang dan menampakkan bentuk badan. Ini jelas haram kerana menunjukan auratnya dan menambah syahawat org yg melihatnya.

Tabarruj itu dimaksudkan oleh para ulama': iaitu seorang perempuan yang menampakkan
"perhiasan" dan daya tariknya serta segala sesuatu yang wajib ditutupi kerana hal tersebut menyebabkan naiknya nafsu seorang laki-laki yang masih normal.


Di samping itu, maksud dari perintah berjilbab adalah
menutupi segala sesuatu yang menjadi perhiasan (atau daya tarik) seorang perempuan. Maka teramat pelik dan aneh jika pakaian yg dipakai itu sendiri menjadi daya tarik, sedangkan tujuan berpakaian adalah mengurangkan daya tarik dan tabarruj. Hal ini menyebabkan fungsi pakaian sebagai pelindung tidak berguna.

Padahal Allah -Ta’ala- telah berfirman,

"Hai nabi, Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan wanita-wanita mukminah, "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". (QS. Al-Ahzaab: 59).

Saya tertarik dengan kata-kata seorang teman:
  "Saya kagum melihat wanita cantik, namun saya lebih kagum melihat wanita cantik yang menyorokkan kecantikannya dari pandangan ajnabi.. sungguh dia adalah TUAN kepada NAFSU nya..."
Ramai yg ingkar dengan adab-adab yg ditetapkan oleh syarak. Memuliakan fasyen dan gaya dengan menjual Agamanya.

Sayangnya,walhal keindahan seseorang itu terletak pada indahnya akhlaknya dan Agamanya bukanlah cantik pakaiannya. Biarlah kita tampak indah disisi yg Maha ESA. Islam membawa dua elemen ini pada umatnya.

Kerana itu jualah kita disarankan mencontohi pakaian para ulama' atau orang-orang beriman unutk membezakan kita dengan ahlul maksiat dan mendekatkan kita dengan kebaikan.

Moga Allah memberikan kita semua hidayah dan ketetapan hati diatas iman.

5 comments:

Anonymous said...

masya ALLAH, gud point... tima kacih ustaz sebarkan kebenaran dan perkara wajib yg ummat islam terlepas pandang hari ni...

Anonymous said...

assalammualaikum..saya ingin bertanya kpd ustaz bagaimana pula berpakaian menutup aurat bg kaum lelaki. selain itu, saya ingin bertanya apakah kesan buruk apabila kita meninggalkan solat.

aku budak gaga said...

assalamualaikum,saya nak mintak tolong sikit,boleh tak ustaz tolong senaraikan pakaian2 yang diharamkan islam untuk kaum wanita muslimah? adakah seluar jeans haram dipakai oleh wanita kerana ada yang menyatakan ianya menyerupai lelaki.

tiey said...

terima kasih atas perkongsian yg cukup berguna ni..mohon share di fb ya?

lissa said...

assalamualaikum
saya mau nanya, adakah jubah yang berwarna warni juga tidak boleh dipake? kayak trend muslimah sekarang yang lebih menggunakan warna" pastel dan cerah ?

Post a Comment